Ayam geprek
Ayam geprek

Ayam geprek

Ayam geprek (Hanacaraka: ꦄꦪꦩ꧀​ꦒꦼꦥꦿꦺꦏ꧀, Pitik geprèk) merupakan ayam goreng tepung khas Indonesia yang digiling atau dilumatkan bersama sambal bajak.[3] Kini ayam geprek telah menjadi hidangan terkenal yang dapat ditemukan di hampir semua bandar besar di Indonesia, tetapi asal mula ayam geprek berasal daripada kota Yogyakarta.[2]Geprek merupakan istilah dalam Bahasa Jawa yang bererti "dipukul", "ditekan", atau "dilumatkan", maka ayam geprek bererti "ayam yang dipukul".[4] Masakan ini hampir sama dengan masakan Jawa tradisional ayam penyet, kerana kedua-duanya adalah sama-sama ayam goreng yang dipukul dan ditekan menggunakan penggiling dan dicampur dengan sambal. Perbezaannya adalah, ayam penyet adalah ayam goreng tradisional Jawa yang diungkep dengan bumbu kuning, kemudian digoreng celur dalam minyak goreng panas. Sementara ayam geprek lebih sama dengan ayam goreng gaya barat (lazim disebut fried chicken Amerika), iaitu ayam goreng tepung yang rangup yang dilapisi dengan bater sebelum digoreng.